Monday, 18 March 2013

Perkhidmatan Pemeriksaan Di Online

WebOpac

WebOpac ini boleh didapati di dalam Web Page Perpustakaan Sultanah Bahiyah Universiti Utara Malaysia.  Perkhidmatan yang disediakan dalam link ini adalah untuk mencari bahan rujukan dengan memasukkan kata kunci, tajuk buku berkenaan dan penulis atau penerbit buku tersebut.  Melalui sistem ini, ia akan menunjukkan lokasi buku berkenaan melalui kod sistem yang digunakan oleh pihak perpustakaan.  Selain itu, ia juga dapat menunjukkan status buku tersebut sama ada telah dipinjam atau masih ada di dalam perpustakaan.


WorldCat

WorldCat juga bina dalam Web Page Perpustakaan Sultanah Bahiyah Universiti Utara Malaysia.  Dalam perkhidmatan WorldCat dibahagikan kepada empat kategori terdiri daripada koleksi buku, bentuk dalam DVD, sumber dalam CD dan juga dalam bentuk artikel.  Oleh itu pelajar boleh mencari sumber mereka berdasarkan kategori yang mereka perlukan.  Dengan ini, dapat memudahkan pelajar mendapat maklumat dalam masa yang singkat dan lebih tepat.


eResources

eResources ini mempunyai pelbagai koleksi tajuk journal, keratan surat khabar, kertas peperiksaan lepas, thesis, kajian penyelidikan, database secara online.

No comments:

Post a Comment