Kemudahan Elektronik di
Perpustakaan Sultanah Bahiyah
Universiti Utara Malaysia
Mesin SelfCheck
Mesin in disediakan untuk memudahkan pelajar Universiti Utara Malaysia untuk memeriksa status pinjaman mereka di perpustakaan. Dengan mesin ini, pelajar dapat memeriksa bilangan buku yang telah dipinjamkan. Sementara itu, mesin ini juga akan menunjukkan tarikh untuk pelajar memulangkan buku tersebut.
Dengan mesin ini, pelajar boleh melakukan sebarang transaksi dengan hanya menggunakan kad matrik dengan kata laluan untuk memeriksa maklumat tersebut. Selain itu, pelajar tidak perlu untuk berurusan dengan kaunter perkhidmatan perpustakaan. Oleh itu, pelajar boleh menjimatkan masa dengan menggunakan mesin SelfCheck tersebut. Ini disebabkan kemungkinan semasa hendak meminjam mempunyai ramai pelajar yang hendak menjalankan urusan yang sama.
Selain itu, mesin SelfCheck ini juga membolehkan pelajar untuk meminjam buku tanpa menjalan urusan dengan kaunter perkhidmatan. Situasi ini juga akan memudahkan pelajar dengan menggunakan kad matrix untuk meminjam buku yang ingin meminjam.
Mesin BookDrop
Penggunaan mesin ini adalah untuk memulangkan buku yang telah dipinjam. Transaksi ini juga tidak perlu melalui kaunter perkhidmatan. Pelajar hanya perlu meletak buku yang telah pinjam masuk ke dalam mesin tersebut, proses permulangan buku akan dijalankan dalam masa 2 jam. Mesin seperti ini disediakan adalah mengurangkan beban pekerja. Selain itu, ia juga telah meringkaskan proses untuk memulangkan buku.
Walaupun Mesin SelfCheck dan Mesin BookDrop adalah senang dan mudah mengguna tetapi masih mempunyai pelajar yang gagal untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Teknologi yang berkembang dengan maju adalah untuk meningkat mutu dan kualiti kerja, jika gagal untuk operasi maka gagal juga teknologi yang makin berkembang pesat ini.
No comments:
Post a Comment